..Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan..Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu,Kuakhiri sujud dengan doa Semoga dikabulkan hajat Dijauhkan duka lara Kuharap terimalah taubat..
...Segala pujian dan pujaan adalah untukmu wahai TUHAN sekalian alam,,Allah yang maha mengerti segala apa yang ada dilangit dan dibumi jua didasar lautan,,,Juga selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi S.A.W,kaum kerabat baginda serta para sahabat yang sentiasa dikala suka dan duka...
...Wah3x....penat ungguhla duk mikir ke muqaddimah tu..hahaha...idea pun dah beku loning sebabnya dah lama tak mengarang...hehehe...ingatkan malas dah nak posting...tapi tiba-tiba ary raya ni cam rajin plok nak ngedit...biasalah dah tak de lembu kambing yang nak dijaga..hehehe..semua dah kena qorban..kukukuku...lagipun kat umah wardah ni xde oranglah,,abg long wardah balik kampung zaujah ye,,kak ngah kite lak balik kampung hasben dia, ayahanda,abg cik n adik gi menyibukkan diri kat orang sembelih lembu tu...hehe..tinggalla bonda, wardah, kak cik(kak ipo) n adik spupu(imran)...panjang pulak critanya..huhuhu...
...Sebenarnya, tujuan posting ni bukannya untuk citer sal kuarga wardah..tu iklan je tuh,hehehe.. pendek crite...wardah nak ucapkan "Selamat meraikan aidil adha 1430" untuk semua yang ngenali wardah ataupun tak kenal..hehe..moga @idil adha ni membawa erti yang cukup bermakna untuk kita semua, bukan hanya nak qurban lembu n kambing je.. banyak lagi pengorbanan yang harus + wajib kita lakukan, sebab setiap apa yang kita buat ni adalah dalam pengiraan Allah Taala..btul dok???...hihihi...
...Wardah ase,,cukup takat ni dulu untuk entry kali ni...salam mahabbahfillah semua...
p/s : jap2...pesanan penaja...bagi yang ade pnyakit gaut n darah tinggi tu..bawak2 slow skit duk makan ke dedaging tuh...mentang2lah banyak,,semua santap..huhu..bukan ape,,sayang jugak kiter nikan..hehe..ok..minal aidin wal faizin...
...Kecuali diri sendiri... ...Tetapi...dalam kita bersendirian... ...kita beruntung... ...kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita...
...Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat... ...begitulah juga dia... ...Tetapi kita sering terlupa akan hal itu... ...Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita... ...kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya... ...kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaanya...
...Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri... ...Sebenarnya, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati... ...kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita...
...Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya??... ...seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa... ...tetapi kita sering terlupa...
...Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami... ...yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya... ...yang mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa kita dan ketakutan yang kita alami... ...harapan dan impian juga kita luahkan... ...dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah... ...selalunya kita terlalu asyik mencerita kan... ...tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita...
...pernah kah kita memberi dia peluang untuk mencerita kan tentang rasa bimbang nya rasa takut?? pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?...
...ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?... ...mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?... ...dapatkah kita menyakinkan dia yg kita boleh dipercayai,kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah?... ...bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?...
...sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari hanya yang bercerita..... ...ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita... ...kerana dia juga seorang manusia dia juga ada rasa takut ,ada rasa bimbang sedih dan kecewa dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat...
...sebagai kekuatan jadilah kita sahabatnya itu... ...kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan... ...di sebalik senyuman mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan... ...di sebalik kesenangan mungkin tersimpan seribu kekalutan kita tidak tahu...
...tetapi....jika kita cuba jadi sahabat
sepertinya mungkin kita akan tahu....
RENUNGILAH.... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIK NYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA
....Salam buat semua yang mempunyai hati dan perasaan...siapa agi kalau bukan kita makhluk Allah yang yang maha pemurah lagi maha mengasihanikan....Sekalung dan seluas2 pujian jua untuk DIA, pentadbir alam yang begitu indah dengan ciptaanya...erm...arini cam tak sihat je...tak sihat fizikal n mental..hehe..tapi,,wardah insyaAllah kuat agi...moga Allah permudahkan segalanya,,,amenn... Post kali ni wardah nak kongsi sesuatu yang berkaitan dengan hati dan perasaan(cewah cam kecewa jerkk...hehe..mana ade...huhu),,,hehehe...
...Kehidupan kita tidak lari dari suka duka, perit jerih dan susah payah... Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa... Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa.. Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda, Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia... Membuatkan kita kecewa dan berputus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka... Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'...
...Kat sini wardah nak kita sama2 cari penawar untuk diri kita...sebab ujian tu tarbiah dari Allah dan dia selalu ada walaupun sebesar zarah sekali pun...
...Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :
1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya
2) Mengosongkan perut
3) Bangun bersolat malam
4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
5) Duduk di majlis orang-orang soleh.
Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.
Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.
Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab berhajat besar dan kecik, atau kerana anak menangis, atau mungkin kerana mahu tonton bola, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.
Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.
Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.
...Fikir2kan dan renung2kanlah...ni jugak inzar bersama untuk kita nak hadapi hidup dimasa hadapan... Nakkan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya...InsyaAllah..
...Allah pun ada menyebut dalam kitabnya yang suci, maksudnya : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.
...Kat bawah ni...wardah nak kongsi doa untuk ubat hati kita...banyak agi doa,,tapi ni salah satu daripadanya...
“Ya Allah! Sesungguhnya aku ada-lah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dananak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Eng-kau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khusus-kan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.” (HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut adalah sahih.)
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”(HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut adalah sahih.)
..Justeru itu, marilah sama2 kita memuhasabah kembali diri yang kadangkala teralpa seketika dengan nikmat yang Allah kurniakan pada kita selaku hambanya yang dianugerahkan hati dan perasaan..betul tak???tepuk dada tanya iman..moga artikal kali ni..dapat beri manfaat buat kita semua..insyaAllah,,,Ameennn...
Kesyukuran buat pencipta alam yang maha Hebat, Allahu-Rabbi...dan jugak junjungan mulia Nabi S.AW...Moga mendapat syafaat dariNYA... Dah lama tak peng'update' blog ni...maklumlah sekarang ni dah mula kuliah...dah sebulan 6hari masuk arini..hehe..xsempat nak bermesra2 ngan blog ni...hehe... Oleh kerana kesuntukan masa n idea yang kian lama kian kelam ni..jadi kat ruangan kali ni..wardah nak kongsi secerpen yang dikira best dan menyentuh bingkisan hati bagi wardah le...panjang gak ea...kalau rasa x sempat copy la dulu..hehe(ni mengikut pengalaman ler..huhu)...Selamat BerCerpen..
...Gelak tawa mereka menerjah ke bilik sebelah. Boleh dikatakan setiap hari pasti mereka akan dimeriahkan dengan gelak tawa walaupun hanya sekadar gurauan kecil. Ada sahaja yang menjadi topik perbualan sehingga mendatangkan gelak tawa yang sangat dicemburui oleh orang yang mendengar tawa itu. Sesibuk mana pun mereka, jarang sekali mereka tidak bertegur sapa. Walaupun ada di antara mereka bukanlah penghuni bilik ini, tetapi mereka serasi.
Apabila malam menjelma, pasti mereka akan duduk semeja di sebuah kedai berhampiran kolej. Bersama-sama melangkah sambil bergurau senda, bergelak ketawa. Riang seperti burung yang bebas berterbangan di angkasa. Gembira ibarat pungguk temui bulannya. Berempat berjalan seiringan menuju ke depan. Sesekali menoleh ke belakang kemudian kembali tertawa.
"Malam ni nak makan kueteaw kungfu."
"Selalu pun ko order kueteaw kungfu la."
Gelak tawa kembali mengetuk gegendang telinga. Fazira, sememangnya setiap malam akan memesan kueteaw kungfu. Baginya kueteaw kungfu terbaik adalah kueteaw kungfu yang dimakan di kedai Hafiz. Walaupun setiap malam menjamah makanan yang sama, dia tidak jemu-jemu. Seperti mana melayan teman-temannya.
"Jomlah melintas sekarang, kereta dah tak ada."
Cepat-cepat mencapai tangan salah seorang dari temannya. Dia tidak berani melintas jalan. Bukan tidak berani cuma berhati-hati. Sesekali tangan Melly dicapainya, mungkin juga Arifah atau kadang-kadang Farah menjadi mangsa. Itu perkara biasa bagi mereka. sudah faham benar dengan situasi yang akan dihadapi mereka.
Hanya kebelakangan ini, Fazira agak menjauh. Selepas hari itu, tidak lagi kelihatan senyuman meniti dibibir Fazira. Silapnya dimana mereka tidak pasti. Selepas dua hari menjalankan tugas sebegai volunteer kepada satu acara di Damansara, dia mula berubah. Seperti mahu melarikan diri dari teman-temannya. Puas difikirkan mengapa harus begitu jadinya?
"Kenapa eh tiba-tiba masam aje, Fafa tu?"
"Dia kecik hati dengan ko la, ko pukul dia malam tu."
Masing-masing teringatkan peristiwa malam sebelum Fazira pergi menunaikan kewajipannya. Adakah mereka terlalu kasar bergurau dengan dia? Atau dia memendam perasaan mengenai hal lain? Tidak pasti apa yang harus dibincangkan jika mereka bertanya kepada Fazira. Adakah mungkin kerana teman-temannya tidak memberi ucapan hari lahir kepadanya?
"Kita beli kek nak? Kita share la. Dia merajuk kita lupa birthday dia kot?"
"Ok, jugak."
Lantas Sabil dan Melly melaksanakan cadangan yang tidak seberapa itu. Arifah pula tiada bersama kerana keluar bertemu dengan temannya yang lain. Sambutan yang tidak seberapa itu telah diadakan di dalam bilik. Selepas lampu dipadam dan lilin dihidupkan mereka menunggu Fazira kembali ke bilik. Tidak lama kemudian Fazira kembali.
"Happy birthday to you, happy day to Fazira, happy birthday to you."
Seketika wajah Fazira yang sudah beberapa hari tidak manis, telah diwarnai dengan senyuman. Sebaik sahaja meniup lilin dan memotong kek, mereka mula bergelak ketawa buat seketika. Selepas bermain dengan krim kek, mereka kemudian menjamah kek. Beberapa potong kek diberikan kepada teman-teman lain. Ila, Wani dan Sakinah, penghuni baru bilik itu turut sama menjamah kek yang tidak seberapa ini.
Namun senyuman manis itu tidak kekal selamanya. Selepas seketika, Fazira kembali dengan tugasnya. Senyumannya juga telah hilang. Sabil, Melly dan Farah agak terkilan. Tetapi apakan daya mereka sudah buntu. Sudah tidak tahu apa yang patut mereka lakukan supaya Fazira kembali seperti dahulu. Mereka mahukan Fazira yang dulu tetapi Fazira sudah menjadi Fazira yang baru.
Sejak malam itu, hubungan mereka dengan Fazira mula rengang. Kini tidak lagi makan semeja. Malah tidak lagi bergurau bersama. Dia makan bersama teman-teman barunya. Mungkin dia lebih selesa yang teman-teman baru. Lantas dia melupakan teman lama yg sudah beberapa tahun rapat dengannya. Apa daya, sedangkan ombak dilaut boleh berubah inikan pula manusia.
Kini hilanglah seorang kawan terbaik yang pernah mereka kenali. Namun mereka masih mempunyai antara satu sama lain. Tiada Fazira mereka masih bergembira. Masih seperti biasa. Mampu bergurau senda da bergelak tawa.
*****
Semester baru kembali lagi. Kini mereka tidak lagi menghuni bilik yang sama apabila pihak pengurusan berpendapat semua penghuni asrama tidak dibenarkan memilih bilik mahupun teman. Selepas mendaftarkan diri di asrama, nyata mereka tidak lagi menghuni bilik yang sama. Bagi Fazira itu adalah hal biasa. Dia tidak kisah dengan siapa dia akan tinggal. Kerana dia sendiri mungkin tidak mahu menghuni bilik yang sama dengan teman sebilik yang lama.
Kedudukan bilik yang berlainan tingkat menyebabkan sedikit sukar mahu bertemu antara satu sama lain. Apatah lagi kelas mereka sama sekali tidak sama waktunya. Apatah lagi selepas beberapa minggu memulakan kelas, Ramadan pun menjelma. Permulaan semester yang tidak teratur menyebabkan masing-masing sibuk mengemas kini jadual. Hanya sempat makan tengah hari bersama-sama. Mungkin beberapa kali makan malam bersama.
Sejak itu bermulalah kisah baru antara Melly, Arifah Sabil dan Farah. Terfikir sejenak, bagaimana harus dilalui masa yang akan datang? Mereka tidak lagi bersama. Tentu akan berlaku salah faham antara mereka. Mungkin juga ya mungkin juga tidak. Tetapi melihatkan situasi sekarang, pasti semua orang pun tahu. Mereka ada haluan masing-masing.
Farah termenung dibalkoni sambil menikmati siulan angin. Kemudian terdengar namanya dipanggil. Sabil sedang memanjat tangga menuju biliknya ditingkat tiga. Selepas seketika berbasa-basi Farah kembali bersendirian. Begitu juga selepas beberapa hari. Namun masih tiada perasan cemburu ataupun marah. Masih tenang melayan perasan.
Tatkala Ramadan menjelang tiba, ligat fikirannya bermain dengan soalan. Bagaimana harus dilalui Ramadan kali ini? Ramadan pertama yang akan dilalui dengan teman-teman baru pasti agak sukar. Apatah lagi waktu kelas yang tidak seperti dahulu. Bagi Farah inilah Ramadan paling sukar untuk dihabiskan. Awal Ramadan Melly dan Arifah pulang ke kampung. Sabil pula semestinya akan pulang, rumahnya hanya sejengkal dari kolej.
Hari demi hari berlalu. Semakin lama semakin hampir tiba Syawal. Namun tidak sekali pun mereka berbuka bersama. Tetapi apabila menjengah ke bilik Melly dan Arifah mereka tiada. Terbantut rancangan mahu mengajak mereka berbuka. Bertemankan Ila, Farah menapak ke bazar berhampiran sendiri. Mujurlah ada Ila, dapat juga menjadi teman Farah.
Semakin hari semakin jauh hubungan antara Farah, Melly dan Arifah. Apatah lagi dengan Sabil yang hanya akan berbasa-basi ketika dia mahu memanjat tangga. Segala-galanya berubah. Mereka tidak lagi makan bersama seperti dahulu. Pernah sekali Farah terasa hati apabila ketika dia sedang berbicara dengan Melly, tiba-tiba Wani hadir serentak itu juga pertanya Farah tergantung tidak dijawab. Sebaliknya Melly tiba-tiba mempunyai idea yang lebih mesra untuk berbicara.
"Ingatkan nak ajak dia keluar. Dia banyak hal pulak dengan Wani." Bebel Farah sendiri.
Sambil menuruni anak tangga, Farah berpaling. Mesra benar mereka sekarang. Bukan sekali. Bukannya dua. Mungkin mereka sering bersama. Mungkin mereka selalu bertemu. Tetapi, bukankah tidak kerap bertemu lebih banyak hal dapat dibualkan? Salah tanggapan itu. Semakin jauh, semakin pudar rasa mahu berbual.
Cemburu. Marah. Mungkin. Tidak pasti apakah perasaan yang sedang ditanggung Farah. Tetapi jauh disudut hati dia terkilan. Pernah beberapa kali dia melihat mereka keluar tetapi dia langsung tidak tahu ke mana dan kenapa? Bertemankan laptop buruk yang semakin nazak, Farah menulis. Bercerita akan tentang hati luka. Adakah Fazira berubah kerana hal yang sama? Kerana hadirnya Farah, seperti mana Farah terasa apabila hadirnya Wani dalam kehidupan mereka?
Bertemankan lagu-lagu yang berkumandang dicorong radio, dia menghabiskan masa-masa yang terluang untuk mencoret segala hal yang sedang dia lalui, yang direka sendir dan segala hal yang berkaitan dengan hidup. Saat mata hampir terlena, tiba-tiba sebuah lagu berkumandang. Liriknya seakan boleh dijadikan tajuk kepada sesuatu yang mahu dicoretkan. Lagu ini ditujukan kepada mereka yang pernah membahagiakanku yang digelar kawan.
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
Untuk sahabat-sahabatku,
Korang, tak terniat langsung untuk sengaja menyibukan diri. Apalagi mahu mengelak diri. Tetapi semakin hari, kita seolah-olah melarikan diri. Kau dan aku, semakin jauh walaupun sekadar 10 anak tangga jaraknya. Tetapi amat berat untuk kau melangkah mendaki 10 anak tangga yang tidak seberapa. Dan aku terlalu berat melangkah untuk singgah sebelum 10 anak tangga lagi ku daki. Walaupun "mmg dah notice diorg layan org camtu...dah sorg lg kawan aku tu pon kene gak camtu,tp die wat bodo je...lgpon bilik tu bukan diorng yg punye pon,bayar pon sama2". Mungkin ada sedikit perbezaan antara apa yang berlaku kepada aku dan kawan kau yang kau maksudkan.
Kawan, jangan terasa hati. Ini hanya luahan hati yang tak seberapa. Lebih baik disuarakan daripada mendiamkan diri dan tidak tahu apa sebab musabab. Sekurang-kurangnya kita tahu, siapa salah siapa tidak. Kita juga akan tahu salah faham atau sengaja buat salah.
Korang, maafkanlah aku andai bicara kasar aku membuatkan kau berkecil hati. Menggunakan penulisan sebagai jalan meluahkan perasaan membuatkan aku lebih puas. Tak sanggup aku meluahkan dengan kata-kata. Sesungguhnya kata-katanya lebih berbisa.
p/s : cerpen ni,adalah koleksi bacaan wardah..Maudhu'nya dan lirik lagu tu wardah ejas skit,,jadi wardah nak kongsi ngan sahabat2 semua..moga2 boleh ambik manfaat...Kadangkala yang hadir tu ujian untuk kitakan,,Sebab kita manusia tak pernah ada yang sempurna..moga ukhwahfillah yang terjalin bukan sekadar angka,bilangan,abjab @ nama..Semoga ianya kekal dunia akhirat dan jugak mendapat keredhoanNYA......ameenn..
...Salam penuh kesyukuran buatmu Ya Allah, salam jua untuk semua kengkawan blogger wardah dipenghujung SyaWaL 1430... Moga ceria2 selalu..cam wardah..hehe..
...Masa post entry ni wardah de kat umah,, dah hampir 1week dah duk umah ni maknanya dah 1week jugakla wardah tinggalkan bilik kuliah..:-(.. erm...Moga pengorbanan ni mendapat ganjaran disisi Allahu-Rabb..insyaAllah.. Kebetulan pulak kat kampus(KUDQI) wardah hari ni wat sambutan eid-Fitri..sedih betul tak dapat join,,kalau tak memang posing habis la,,hihi,,Allah tahu apa yang kita perlukan,,betul tak??,,hehe..Ni baru muqaddimah..tak masuk agi jalan cerita sebenar ni,,huhu..
..Al-kisahnya...Sebenarnya wardah nak wish kat kengkawan wardah yang bakal duduki exam minggu depan(xpasti lak tarikhnya berapa haribulan...tapi yang pasti minggu depanla..hehe..bukan tak cakna tau..cuma ingat2 lupa je..hehe)..Exam STAM...tahukan...wardah tak join pun,, cuma..ni sebagai booster untuk mereka-mereka yang mengenali wardah @ pun sebaliknya.. dan tak ketinggalan jugak untuk yang nak Exam SPM..
..Nasyid ni antara salah satu koleksi wardah....wardah tujukan tuk korang semua..moga naikkan kembali semangat yang suram tu...Tajuknya "Inspirasi- Rast"
Perjalananmu masih jauh Sayup beribu batu Dari mula kau impikan Gapai cita nan satu
Manapun arah yang dituju Bermula dari satu Aturkan langkah usah ragu Semoga diberkati
Bersedia seawal waktu Usah kau bertaut Tumpuan dan kesungguhan Impian kan nyata akhirnya
Dugaan mengajar kita Erti ketabahan Cabaran menempuh jiwa Singkir keraguan di minda
Usaha tangga kejayaan Usah kau lupakan Hingga mencapai puncak jaya Dan titis pengorbanan Dalam perjuangan Jadikannya satu inspirasi
Ainul Mardhiah….menanti kekasih dipintu syurga… Seiring dengan nasyid kumpulan UNIC tu…siapakah kekasih yang dimaksudkan ?? Adakah anda para mujahid Allah ?? Layak ke?? InsyaAllah… Jom Ikuti kisah ni….
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepadaseorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorangwanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalahdikalangan bidadari² kurniaan Allah dan dia (isterisolehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari). Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yangmenjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnahbesar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiapmanusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akanditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
..Al-Kisahnya....:-)..
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang palingcantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (‘ainul mardhiyah-bermaksud mata yang di redhai).Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberitarghib (berita-berita semangat di kalangan sahabatuntuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapayang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, makadia akan dianugerahkan seorang bidadari yang palingcantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar beritaitu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringinsangat ingin mengetahui bagaimana cantiknya bidadaritersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepadanabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yangakan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akantidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yangmuda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidurbersama-sama....
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satutempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorangyang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yangberseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelakiitu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasratuntuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... laluditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatupepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang takpernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernahdilihat didunia ini... lalu diberi salam dan diabertanya andakah ainul mardhiah... wanita itumenjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiahada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yangcukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yangkecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadisedang mengelap permata-mata perhiasan di dalammahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagiadakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...ehtidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... laludinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itukecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yangberganda-ganda cantik dari yang pertama danberganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan takpernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata...akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dankamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itumendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belumsyahid lagiiii...... tersentak itu pemuda itu punterjaga dari tidurnya lalu dia menceritakansegala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitudia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepadanabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulahceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yangterdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang laluditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebutketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktuhendak berbuka puasa maka mereka telah menunggumakanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satusunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telahbangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihalsahabat nabi yang syahid tadi... dalam menceritakanitu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjangcerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benarcerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedangmenunggu untuk berbuka puasa di syurga....
Kesimpulannya….apa yang terlintas difikiran kita agaknya sekarang?? Erm…Alangkah indahnya syurga Allah Taalakan…Ada segalanya yang terindah.. bagi wardah.. kekadang baca sesebuah kisah pun dah rasa ZUQnya…tak alami lagi…layakkah kita alaminya?? Tepuk dada tanya Iman..Moga kita semua diberi peluang dan ruang oleh Pencipta yang Maha Hebat ini untuk merasaiNya…Ya Allah..berikan kami Syahid dunia akhirat…. Bukan hanya kami malah semua yang bersama kami…terutama AyahBonda, kaum kerabat, para pendidik kami serta para sahabat perjuangan kami…Ameen.
p/s : lagu nasyid ainul mardhiah dendangan UNIC tu pun boleh menjelaskan segala crita tentang ketua bidadari ini…selamat menghayati…ia judak salah satu koleksi nasyid kesukaan wardah…..Moga segala manfaat dapat kita kongsi bersama…adios…...
..Salam Lebaran, Salam Aidilfitri, Selamat Hari Raya dan Salam Kemaafan untuk semua...Dikesempatan ramadhan yang masih berbaki ni wardah memohan jutaan yang tak terkira ampun dan maaf diatas segala kesilapan dan kesalahan yang ade mengurisi hati dan perasaan kalian samaada sedar ataupun tido,, serta raikanlah hari raya ni dengan penuh rasa syukur padaNYA..
Maafkan wardah yerk... terutama wardah mohon ampun dan maaf daripada insan's tersayang :
...Ayahbonda... (En. Mahmood & Pn. Maimun@Maini)
...kekanda2 & adinda tersayang... (along Zam n k.long Za) (abg Ngah Zol n k.ngah Lia) (acik Lan n k.cik Ummi) (adik asyraf)
dan ...semua sanak saudara wardah...
...Seterusnya, para pendidik wardah yang sentiasa diingatan.. ...Pastu sahabat2 seperjuangan wardah especially ex-pndq(18) :
p/s : sebenarnya nama2 yang tersenarai lagi 'famous' kat atas tu..wardah nak mintak duit rayaaa....hehehe....jangan lupa yerk...hehehe...wardah tunggu dengan tabung buluh lemang ni,,hehehe...
Jemput semua sahabat-handai, rakan-taulan, member blogger, member masa kecik, member masa besar dan semualah...datang ke majlis umah wardah ea... pada 23/9/2009 hari rabu bersamaan 4 Syawal 1430 bersempena dengan majlis kesyukuran + sambut menantu + jamuan hari raya diteratak usang wardah, di KEMAMAN,TERENGGANU...doa2kan semoga majlis ini dirahmati dan diredhoi Allah.. 1 lagi ajaklah kaum keluarga semua..okailah....bye..
p/s : doa2kanlah untuk wardah jugak...moga2 cepat kawen,,hahaha...xdelah,,,semoga bahagia dan berjaya dunia akhirat..ameeennnn...